|
|
Pemeriksa Bahasa Malaysia dalam Microsoft Ofis Bahasa Inggeris (Word)
Pak Antara Muka Bahasa (Language Interface Packs) menyediakan cara menggunakan Microsoft Ofis dalam Bahasa Malaysia. LIP Ofis ialah
kulit terjemahan yang berjalan di atas salinan berlesen Microsoft Ofis 2003, Microsoft Ofis 2007 atau Microsoft Ofis 2010
Beta (LP Beta juga disediakan oleh Microsoft). Selepas memasang LIP, anda boleh menukar bahasa daripada Bahasa Dasar Ofis
(Bahasa Inggeris dalam hal ini) atau bahasa LIP yang telah dipasang (Bahasa Malaysia). Alih atau tukar opsyen bahasa
melalui aturan bahasa Microsoft Ofis dan dapatkan antara muka pengguna yang dialih bahasa untuk program: Excel, Outlook®, PowerPoint®
& Word. Anda juga boleh menukar bahasa (Bahasa Inggeris atau Malaysia) “on the fly” jika anda mahu.
|  |
Mengapa pasang Ofis LIP?
|
LIP Ofis selain daripada Antaramuka Pengguna Grafik (GUI) mengantaramuka kulit, ianya juga mengandungi
pemeriksa eja dalam bahasa LIP yang tersedia. LIP Ofis bagi Bahasa Malaysia memberi fungsi untuk memeriksa ejaan
dalam Bahasa Melalu melalui antaramuka GUI Pemeriksa Ejaan atau melalui opsyen Pemeriksa Ejaan Sambil Menaip.
Tidak ada had saiz fail atau bilangan perkataan dalam kamus resam (bergantung kepada saiz cekara keras
, Word 97 mempunyai had 64KB atau 5,000 perkataan). Menggunakan kamus-kamus resam yang sesuai
dalm bidang sains dan teknologi, Ofis akan berupaya untuk memeriksa ejaan dokumen dalam bidang sains dan teknologi.
Sebanyak 10 fail kamus resam boleh digunakan.
|
Mengapa Bahasa Malaysia tersedia dalam Microsoft Ofis?
LIP Ofis merupakan sebahagian daripada Program Pengkongsian Bahasa Lokal Microsoft dengan pihak kerajaan,
penguasa bahasa, universiti dan rakan kongsi lokal untuk menterjemah perisian kepada lebih banyak bahasa.
Dalam Program Bahasa Lokal, Microsoft berusaha untuk mencari jalan baru untuk mereka
peluang ekonomi baru, mengembangkan penyelesaian IT dan mengekalkan bahasa lokal dan budayanya.
Keperluan Asas:
Versi Ofis 2003 standard atau lebih tinggi.
Apa perbezaan antara Ofis LIP dan Ofis Pak Bahasa?
- Pak Antaramuka Bahasa Ofis boleh dimuat turun dengan PERCUMA jika anda mempunyai sebarang Ofis Standard 2003 atau lebih tinggi. Pak Bahasa Opis tidak percuma
tetapi mempunyai kulit antara muka bagi produk Microsoft lain (seperti Visio, Access, dan sebagainya).
- Pembantu Ofis diterjemah juga terdapat dalam versi berbayar.
- Perkakas Pruf dalam bahasa-bahasa utama (nota: Perkakas Pruf Melayu tidak disediakan) disediakan dalam versi berbayar dengan pemeriksa ejaan, pemeriksa nahu
tesaurus, penghifen, autobetul dan fungsi-fungsi kamus terjemahan. Pak Antaramuka Bahasa Ofis percuma jika anda
mempunyai Microsoft Ofis sahaja dan menyediakan kefungsian pemeriksa sahaja dalam Bahasa Melayu.
Dimana untuk muat turun secara PERCUMA:
|
Muat Tutun Pak Antaramuka Bahasa (LIP) digunakan untuk Microsoft Ofis Excel 2007, Outlook 2007, PowerPoint 2007, Word 2007, Excel 2003, Outlook 2003,
PowerPoint 2003 dan Word 2003. |
 |
Bahasa Melayu (Malaysia) LIP bagi Ofis 2007:
http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyId=91426C33-EA45-482D-AF08-CD8EA8CBFD53&displaylang=ms
Bahasa Melayu (Malaysia) LIP bagi Ofis 2003:
http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyId=CCF199BC-C987-48F5-9707-DC6C7D0E35D0&displaylang=ms
MuatTurun Semua Pak Antaramuka Bahasa (LIP) Ofis 2007 dan 2003:
http://office.microsoft.com/en-us/downloads/HA011133501033.aspx
Nota:
- Ofis 2003 LIP tersedia dalam 33 bahasa.
- Ofis 2007 tersedia dalam 59 bahasa.
- Ofis 2010 Pak Bahasa Beta juga disediakan (dikeluarkan pada 25 November 2009 menggunakan Ofis 2010 Beta dikelauarkan seminggu lebih awal).
Pemasangan Langkah-demi-Langkah Pak Antara Muka Bahasa Ofis 2007 Malaysia:
A. Muat Turun dan Pemasangan
- Muat Turun dan simpan fail dalam cekera keras anda.
- Apabila telah disimpan, jalankan fail program LIP2007.exe pada cakera keras anda untuk memulakan program penyediaan pemasangan (setup).
- Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan pemasangan.
Nota:Anda MESTI menerima dahulu persetujuan Lesen pengguna.
- Produk akan dipasang dan program akan memberi tahu anda apabila telah selesai pemasangan.
B. Tatarajah Ofis 2007
- Tatarahkan Ofis 2007 supaya Antaramuka Pengguna berada dalam bahasa LIP anda (Nota: Langkah 1-2 tidak perlu jika anda ingin menyelenggara
bahasa utama, i.e. Bahasa Inggeris).
- Pada menu "Start", arah ke "All Programs", pilihpoint "Microsoft Office", arah ke "Microsoft Office Tools", dan kemudian klik pada set bahasa "Microsoft Office 2007".
- Pilih tab Pamer Bahasa dad dalam menu Pamer "Microsoft Office" dan dalam kotak dialog: (senarai turun bawah), pilih LIP Bahasa Melayu
(Bahasa Malaysia). Bahasa yang anda pilih sepatutnya sekarang menjadi pameran lalai (default).
- Dalam tab Pengeditan Bahasa, pilih bahasa daripada senarai Bahasa Pengeditan Tersedia dan klik Tambah. Bahasa yang anda pilih sepatutnya
disenaraikan sekarang dalam senarai Bahasa Pengedit Dibolehkan.
- dalam tab Bahasa Peneditan pilih Bahasa Melayu supaya menjadi Bahasa Peneditan Utama daripada senarai Bahasa Pengeditan.
- Klik pada butang OK. Antara muka bagi Excel, Outlook, Powerpoint & Word 2007 sepatutnya sekarang dalam bahasa yang telah anda pilih apabila anda memulakan
sebarang daripada aplikasi ini (Nota: Jika anda tidak melakukan Langkah 1-2 pemeriksa ejaan dalam Bahssa Melayu akan tersedia tetapi bahasa dasar "Office" ialah Bahasa Inggeris).
Microsoft Word dengan GUI Bahasa Melayu dan kefungsian Pemeriksa Ejaan Bahasa Melayu.
Pemasangan Langkah-demi-Langkah Pak Antara Muka Bahasa Ofis 2003 Malaysia:
A. Muat Turun dan Pasang
- Muat Turun dan simpan fail ke cekera keras anda.
- Apabila telah disimpan di dalam cakera keras, jalankan fail program LIP2003.exe daripada cakera keras anda untuk memulakan pemasangan program (Setup).
- Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan pemasangan.
Nota: Anda MESTI terlebih dahulu menerima Lesen Pengguna.
- Anda seterusnya akan melihat produk sedang dipasang dan apabila selesai pemasangan, program akan memberi tahu anda perkara ini.
B. Tatarajah Office 2003
- Tatarajah Office 2003 supaya Antaramuka Pengguna dilihat dalam bahasa LIP anda.
- Pada menu "Start", arahk ke "All Programs", pilih "Microsoft Office", pilih "Microsoft Office Tools", dan klik pada set bahasa "Microsoft Office 2003".
Nota: Jika anda hanya ingin menambah Pemeriksa Ejaan Melayu dalam "Microsoft Word 2003" pilih atau arahkan tetikus ke "Tools", pilih "Language", dan kemudian pilih Set
bahasa... dalam "Microsoft Word 2003".
- Pada Antaramuka tab Pengguna dan Bantuan, di dalam senarai Pameran "Office 2003", pilih bahasa LIP dan klik OK. Bahasa set yang anda
pilih akan berkesan dan boleh digunakan apabila anda mula semula program "Office".
Nota: Dalam "Microsoft Word" pilih dan tanda pada "Malay" dan klik OK.
- Antaramuka Pengguna bagiExcel, Outlook, Powerpoint & Word 2003 sepatutnya sekarang berada dalam bahasa LIP apabila anda memulakan sebarang program ini.
- Anda boleh dengan bebas tukar antara bahasa dengan mengikuti langkah-langkah 2-3 di atas.
Contoh Pemeriksa Melayu dalam Word 2003 or 2007
- Pemeriksa Ejaan Cepat
Apabila menaip dalam mod pemeriksa ejaan automatik, anda boleh mengubah huruf digaris (warna merah bengkang-benkok) dengan mengklik butang kanan tetikus. Menu pop keluar akan meberi anda
opsyen untuk memilih ejaan termasuk ejaan alternatif. Apabila selesai, sambung pengeditan doklumen atau tekan Alt + F7 untuk bergerak ke kesilapan ejaan berikutnya.
Pemeriksa Ejaan Melayu dalam Word 2003 tanpa GUI diubah (Bahasa Dasar Bahasa Inggeris) tetapi dengan Pemeriksa Ejaan Melayu.
- Opsyen Pemeriksa Ejaan
(a) Garis bengkang-bengkuk
Jika anda tidak mahu garis bengkang-bengkuk merah dan hijau dalam Word (antaramuka Bahasa Melayu tidak menyediakan pemeriksaan nahu) anda boleh menghindarkannya dengan mematikan pemeriksaan ejaan automatik (merah) dan pemeriksaan nahu (hijau). Pilih "Tools", "Options", "Spelling & Grammar" dan matikan Pemeriksa Ejaan sambil menaip dan Pemneriksa Nahu sambil menaip dan kotak pilihan. Anda boleh memeriksa ejaan dokumen anda dengan menggunakan fungsi pemeriksa ejaan dialog.
Dialog pemeriksa Ejaan menggunakan Pemeriksa Ejaan Melayu
(b) Tatarajah Pemeriksa Ejaan untuk bekerja dengan kedua-dua Bahasa
Tanda teks yang hendak diperiksa ejaan menggunakan sebarang Bahasa. Pilih teks, pilih "Tools", "Language" dan pilih Bahasa untuk digunakan sebagai pruf huruf. Kamus yang betul akan digunakan untuk memeriksa teks dan Word akan tukar dari satu bahasa ke bahasa lain jika perubahan berlaku dipertengahan dokumen.
Apabila anda telah memilih bahasa anda boleh setkan sebagai bahasa lalai. Jika anda tidak ingin untuk mengset sebagai bahasa lalai anda boleh dengan mudah tukar set terus dalam dokumen Microsoft Word.
- Dalam senarai program Microsoft Office anda sepatutnya dapat melihat perkakasan Microsoft Office. Klik pada perkakasan (tools).
- Klik pada set Bahasa Microsoft Office 2007. (Jika anda tidak menggunakan Microsoft Office 2007 langkah-langkah ini masih berjalan untuk versi lama)
- Jika anda ingin bahasa kedua untuk menjadi bahasa lalai anda perlu memilih dalam kotak turun bawah yang berlabel "Primary Editing Language."
Dengan lalai ianya akan menambah kepada bahasa yang boleh digunakan. Jika anda tidak ingin ia menjadi bahasa utama, dengan mudah tambah bahasa ke "Enabled Editing Languages."
- Buka Microsoft Word dan uji tatarajah baharu. Jika anda tidak dapat melihat bahasa kedua sebagai bahasa lalai, pencahayakan seksyen teks.
Pada palang perkakasan di bawah dalam Microsoft Word anda akan melihat suatu butang bahasa. Klik butang ini dan pilih bahasa kedua. Teks yang anda pencahayakan
akan ditanda dengan bahasa kedua.
(c) Kamus Resam
Klik tambah kepada "Dictionary", Word akan menambah huruf semasa ke kamus custom.dic. Ia merupakan senarai ringkas perkataan yang boleh disunting dan di anggap
dieja dengan betul, walau pun kamus lalai Word tidak mengenalinya.
Anda boleh mempunyai sehingga 10 kamus resam berbeza bagi penggunaan pelbagai. Anda juga boleh membeli kamus atau muat turun kamus daripada
internet untuk menambahkan kefungsian pemeriksa ejaan. Anda juga boleh membinakamus khas semasa anda bekerja dalam Word. Tambah huruf yang betul dieja kepada
kepadanya apabila diberhentikan oleh pemeriksa ejaan. Opsyen “Suggest from main dictionary only” (cadangan daripada kamus utama sahaja) dalam opsyen Pemeriksa Ejaan dan Nahu mesti dipadam
supaya pembetulan mungkin dapat dicadangkan perkataan daripada kamus resam.
Membina Kamus Resam sendiri
Word 2003 (Prosedur serupa dengan Word 2007)
- Pergi ke menu "Tools" dan pilih "Options".
- Klik tab "Spelling & Grammar".
- Klik butang "Custom Dictionaries".
- Dalam dialog "Custom Dictionaries", klik butang "New".
- Dalam dialog "Create Custom Dictionary", taip nama bagi kamus baru dan klik "Save".
- Balik ke dialog "Custom Dictionaries", calit kotak periksa disebelah kamus baru, kemudian klik butang "Modify".
- In the DictionaryName.dic dialog, go to the Language drop-down list and select English (Australia).
- Klik butang OK.
- Balik ke dialog "Custom Dictionaries", klik OK sekali lagi.
- Balik ke dialog "Options", klik OK sekali lagi untuk menutup dialog.
- Apabila kamus resam dipilih, Word akan terus menggunakannya dan menyimpan entri-entri sehingga anda memilih kamus lain.
Menambah Huruf ke Kamus Resam
Huruf boleh dimasukkan dalam kamus resam dalm berbagai cara:
- Klik "Add" ke butang kamus (Word 2003) semasa pemeriksaan ejaan.
- Jika Pemeriksa Ejaan semasa menaip dihidupkan (pergi ke "Tools > Options > Spelling & Grammar > Spelling"), tekan butang kanan pada huruf bergaris dan pilih
"Add" ke kamus (Word 2003).
- Sunting kamus resam secara manual.
- Pergi ke menu "Tools" dan pilih "Options".
- Klik tab "Spelling & Grammar".
- Klik butang "Custom Dictionaries".
- Dalam dialog "Custom Dictionaries", pilih kamus yang hendak disunting dan klik butang "Modify".
- dalam dialog "DictionaryName.dic", pergi ke medan Word and masukkan huruf yang hendak ditambah, kemudian klik butang "Add".
- Teruskan menambhakan huruf. Apabila selesai, klik butang "OK".
- Balik ke dialog "Custom Dictionaries", klik "OK" sekali lagi.
- Balik ke dialog "Options", klik butang "OK" sekali lagi untuk menutup dialog.
Susun Kamus Resam mengikut BAHASA
Apabila anda reka atau memasang kamus resam spesifik, anda boleh sekutukan bahasa tertentu dengannya
(Bahasa dasar sebagai Bahasa Inggeris (United Kingdom) dan Bahasa Melayu (Malaysia) dalam kes ini)
- Word akan menggunakan kamus untuk memeriksa ejaan hanya dalam bahasa ini.
- ID Lokal (LCID = LoCale Identifier) bagi Bhasa Inggeris termasuk (Australia = 3081, Belize = 10249,
Kanada = 4105, Karibian = 9225, Ireland = 6163, Jamaica = 8201, New Zealand = 5129, Filipina = 13321,
Africa Selatan= 7177, Trinidad = 11273, UK = 2057, US = 1033, dan Zimbabwe = 12297) dan LCID bagi Bahasa Melayu
(Malaysia) ialah 1086.
- Apabila anda sekutukan suatu bahasa (Bahasa Inggeris atau Melayu) dengan kamus resam spesifik ia akan
dikumpulakan oleh bahasa dalam kotak dialog "Custom Dictionaries". Nota: boleh wujud kamus lalai berasingan bagi setiap bahasa dan juga untuk "semua bahasa".
- Baris pertama dalam fail kamus resam bahasa-spesifik mengandungi rentetan "#LID " diikuti dengan penentu bahasa; sebagai contoh bagi Bahasa Inggeris (UK) #LID ialah 2057, bagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (Malaysia) #LID ialah 1086.
reka kamus resam spesifik bagi Word 2003 dan 2007?
Word membenarkan nada untuk menggunakan sehingga 10 kamus resam tambahan.
- Lancarkan Notepad, atau program pengeditan bukan MS Word.
- Masukkan kesemua huruf khas anda, satu huruf bagi setiap baris dengan baris pertama sebagai contoh #LID 1086 untu Bahasa Malaysia,
dan Bahasa Inggeris (UK) sebagai#LID 2057. Nota: Ini akan memastikan bahawa kamus resam khas atau spesifik digunakan berdasarkan
Bahasa di dalam Word 2003 atau Word 2007

- Berikan atau namakan kamus resam khas anda dengan nama bersesuaian yang berakhir dengan “.dic” (Sebagai contoh, “ChemistryDictionary.dic”)
dan simpan ke:-
Bagi Word 2003:
C:\Documents and Settings\Username\Application Data\Microsoft\Proof\
Bagi Word 2007:
C:\Documents and Settings\Username\Application Data\Microsoft\UProof\
di mana "Username" ialah nama pengguna yang digunakan untuk login ke windows
Bagaimana hendak memasang dan menggunakan kamus resam?
Anda boleh reka atau bina sebanyak kamus resam yang serupa yang anda suka (sehingga 10 kamus resam). Apabila anda telah selesai dengan
pembinaan kamus resam khas, anda boleh dengan mudah tutup kamus-kamus ini dalam "Tools > Options > Spelling & Grammar > Custom Dictionaries".
Word 2003
- Pergi ke menu "Tools" dan pilih "Options".

- Klik tab "Spelling & Grammar".

- Klik butang "Custom Dictionaries" (jika anda pindahkan kamus resam khas ia akan tersenerai dalam dialog "Custom
Dictionary".)

Jika anda sampai ke bahagian ini anda hanya perlu mengklik butang OK (Pergi ke Langkah 9)
- Jika anda perlu membina kamus resam baru, dalam dialog "Custom Dictionaries", klik butang "New".
- Dalam dialog "Create Custom Dictionary", taip nama bagi kamus resam baru dan klik "Save".
- Balik semula ke dialog "Custom Dictionaries", pilih kamus baru dalam kotak pilihan, kemudiant klik butang "Modify".
- Dalam dialog "DictionaryName.dic", pergi ke senarai turun bawah "Language" dan pilih "English (UK)" jika anda ingin menyekutukan "DictionaryName.dic" dengan Bahasa Inggeris.
- Klik butang OK.
- Balik ke dialog "Custom Dictionaries", klik OK sekali lagi.
- Balik ke dialog "Options", klik OK untuk menutup dialog.
Word 2007
- Klik butang Microsoft Ofis

- Klik butang "Word Options".

- Pruf dengan mengklik.

- Klik butang "Custom Dictionaries" (jika anda pindahkan kamus resam spesifik ia akan disenaraikan dalam dialog "Custom Dictionary".)

Sebagai contoh tangkapan skrin dengan kamus resam ditunjukkan bersandarkan kepada Bahasa.
Nota: Jika anda sampai kebahagaian ini anda hanya perlu klik butang OK (Pergi ke Langkah 10)
- Jika anda perlu membina kamus resam baru, dalam dialog "Custom Dictionaries", klikbutang "New".
- Dalam dialog "Create Custom Dictionary", taip nama bagi kamus spesifik baru dan klik "Save".
- Balik ke dialog "Custom Dictionaries", pilih kamus baru pada kotak pilihan, kemudian klik butang "Modify".
- Dalam dialog "DictionaryName.dic", pergi ke senarai turun bawah "Language" dan pilih "English (UK)" jika nada ingin menyekutukan "DictionaryName.dic" dengan Bahasa Inggeris.
- Klik butang OK.
- Balik ke dialog "Custom Dictionaries", klik butang OK sekali lagi.
- Balik ke dialog "Options", klik OK untuk menutup dialog.
Muat Turun Contoh Kamus Kimia
Dua kamus diatas (Versi 1) bagi KImia dalam Bahasa Inggeris (13, 846 entri) dan Bahasa Melayu (12,989 entri) ialah kamus prototaip.
UTM Jaringan Istilah sedang menuediakan Versi 2 (Bahasa Inggeris = 114, 000 entri telah siap dan membina kamus versi Bahasa Melayu).
JI juga boleh membina dan menyediakan kamus-kamus spesifik (Bahasa Inggeris dan Melayu) bagi
- Matematik
- Biologi
- Fizik
- Kejuruteraan
Jika anda ingin menyediakan data digital atau teks untuk ditukar kepada kamus, data dengan mudah boleh disisih, duplikat disesar dan diindeks
bagi penggunaan sebagai kamus. Sebarang pertanyaan atau keperluan sila hubungi:-
Dekan,
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
|